TABARRUJ
Firman
Allah Taala:
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, supaya mereka mengenakan jilbab ke seluruh badannya, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal; kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)

Di
dalam surah al-Nur, ayat 31:
"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa keliahtan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.."

*****
Di atas adalah di antara nash syar'I yang menjadi dasar berpakaian dalam Islam dan berhias (utk wanita).
Di atas adalah di antara nash syar'I yang menjadi dasar berpakaian dalam Islam dan berhias (utk wanita).
Kemudian
pada ayat lain Allah berfirman:
"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)
"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)
Ayat
ini pula menceritakan tentang larangan bertabarruj sebagaimana orang jahiliah
dahulu.
*************
Baiklah, berdasarkan seluruh nash-nash mengenai aurat dan berhias, di hadapan kita sekarang ini ada beberapa persoalan yang perlu dipecahkan, antaranya ialah:
1) Batasan aurat - Anggota asas yang disepakati oleh para ulamak agar ditutup ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua telapak tangan.

2)
Apakah muka termasuk aurat - Muka pula telah diperselisihkan di kalangan
mereka, ada yang kata ia adalah aurat dan ada yang kata bukan aurat.
Kalau,
kita pilih pendapat yang mengatakan bahawa muka adalah aurat Habis cerita. Soal
gincu, bedak, losyen dan celak dsbnya sudah tentu tak timbul. Ia nyata haram
dipamerkan di hadapan lelaki ajnabi. Tetapi, bagaimana jika kita memilih bahawa
muka itu bukan aurat - kebanyakkan kita memilih pendapat ini -, di mana
kedudukan celak, gincu, bedak dan bla.. blabla
Sekarang
ini kita pilihlah kononnya bahawa muka itu bukan aurat Tetapi, sebelum itu
lebih baik kita bincangkan dahulu mengenai masalah tabarruj, yang sudah tentu berkaitan
dengan soal muka bukan aurat.
**************
Apa itu tabarruj yang di maksudkan di dalam firman Allah:
"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu (pertama)". (Al-Ahzab:33)

di atas sebagai irsyad ( petunjuk/tunjuk ajar) kepada isteri-isteri Nabi s.a.w.
agar tetap di rumah dan tidak bertabarruj sebagaimana orang-orang jahiliyah
dahulu.
Tabarruj
dikatakan sebagai berjalan dengan berlenggang-lenggok atau memperelokkannya.
Ada juga yang mengatakan bahawa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya
tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher,
anting-anting dan lehernya. Lagi satu pendapat lain mengatakan, tabarruj ialah
memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya yang sepatutnya wajib ditutup.
Tabarruj
berasal dari kata BARAJUN, bererti luas. Dan ada yang mengatakan ia berasal
dari kata BURJUN yang bererti tinggi.
************
Selesai
mengenai erti tabarruj Dan, lihat kembali ayat al-Quran: ".orang-orang
jahiliyah dahulu."
Tabarruj
yang dikaitkan dengan orang-orang jahiliyah dahulu. Siapakah mereka itu? Pada
zaman mana orang-orang jahiliyah dahulu berada? Di dalam tafsir al-Qurthubi
menyatakan beberapa pendapat mengenainya:
1. Iaitu masa antara Adam dan Nuh a.s., ini adalah pendapat al-Hakam bin Uyainah.
2. Ibnu Abbas berpendapat: Masa di antara Nuh dan Idris a.s
3. Al-Kalbi: Masa di antara Nuh dan Ibrahim a.s.
4. Jamaah: Masa di antara Musa dan Isa a.s.
5. Abu Aliyah: Masa di antara Daud dan Sulaiman a.s.
6. Al-Sya'bi: Masa di antara Isa a.s. dan Muhamad s.a.w.

Namun
semua pendapat itu tidak disandarkan dengan satu sumber yang kukuh dan sahih.
Cuma yang pasti, semua mereka di atas bersepakat mengatakan bahawa jarak masa
antaranya dan masa Nabi Muhamad dibangkitkan sebagai Rasul adalah jauh
(jangkamasa yang begitu lama). Dan, apabila al-Quran menyebutkan
"jahiliyah dahulu" - dahulu/lama/pertama - bermaksud di sana ada yang
dikatakan sebagai `jahiliah baru' atau `jahiliyah kedua'.
Bila
masa jahiliyah kedua berada? Iaitu selepas jahiliyah pertama dan sedikit masa
sebelum kebangkitan Nabi kita Muhamad s.a.w.
Mengapa
jahilyah pertama/dahulu ini dikaitkan dengan tabarruj? Buruk sangatkah mereka
ini? Hodoh sangatkah perangai depa ni? Ya, gambarannya lebih kurang begini:
Perempuan-perempuan jahiliyah pertama/awal pakaiannya - memakai baju dari lu'lu', atau baju dari mutiara dan intan yang tidak berjahit kedua belah, dan berpakaian tipis yang menampakkan tubuh badannya. Dengan berpakaian begini, mereka akan berjalan di jalan-jalan mempamerkan diri mereka kepada kaum lelaki. Dan, dapat dirasakan bahawa zaman berkenaan adalah zaman yang penuh dengan kemewahan.

Era
jahiliyah kedua yang akan berhubung dengan era kebangkitan Muhamad sebagai rasul
tidaklah sampai ke peringkat begitu teruk. Namun ada juga sedikit sebanyak
tabarruj yang berlaku, hingga kadangkala sampai ke peringkat telanjang terus.
Ini dapat dibuktikan melalui hadis riwayat Muslim, bagaimana kaum wanita zaman
itu bertawaf dalam keadaan telanjang bulat.
Sekarang
ini jelaslah sudah mengapa Allah mengaitkan al-jahiliyah al-`Ula (jahiliyah
pertama/dahulu) dengan tabarruj. Dan, dengan penjelasan di atas tidaklah
bermakna yang terlarang ialah bertabarruj seburuk orang-orang jahiliyah
pertama, kalau kurang daripada itu tidak mengapa. Tak apalah kalau tabarruj
sikit-sikit. Ini adalah fahaman yang salah, kerana Allah menyebutkan
sifat-sifat tabarruj jahiliyah pertama adalah bertujuan memberi penjelasan
realiti yang berlaku ketika itu, bukannya mahu mengaitkan pengecualian hukum
selain daripada itu. Ia lebih berbentuk penjelasan tentang keji dan
berlawanannya perbuatan itu dengan citarasa serta naluri kemanusiaan.
Perlu
diingatkan bahawa maksud tabarruj yang dilarang di dalam Islam ialah membuka
aurat - berdasarkan kepada siapa dia berhadapan. Kalau di hadapan dengan lelaki
asing, apa yang perlu ditutup. Jika tidak memenuhi kehendak ini, maka dia sudah
tergolong di dalam perempuan yg bertabarruj. Begitulah seterusnya ketika di
hadapan mahram, orang gaji dsbnya
Ya,
selesailah sudah penjelasan mengenai tabarruj. Saya harap ia mudah difahami dan
tidak membosankan. Dan, kita teruskan lagi ke pembahasan selanjutnya. Kali ini
mengenai berhias pula.
Mari
kita lihat lagi firman Allah:
Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.. (al-Nur, ayat 31)

Sebagaimana
yang telah disinggung di atas, bahawa para ulamak berselisih pendapat mengenai,
apakah muka itu aurat atau bukan. Dan ayat di atas telah menjadi hujah kepada
kedua-dua kelompok dengan penafsiran yang berbeda.
Kita
ambil sedikit petikan ayat: ..dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang biasa kelihatan padanya.
Terjemahan
ayat : kecuali yang biasa kelihatan padanya.. dapat juga diterjemahkan:
kecuali apa yang zahir (illa ma zahara). Pada ayat ini Allah Taala
melarang wanita mempamirkan perhiasan, kecuali apa yang zahir. Persoalannya di
sini ialah, apa maksud perhiasan zahir yang boleh dipamirkan? Jadi, dapat
difahami bahawa perhiasan ada dua:
1. Yang zahir/nyata
2. Yang tidak zahir/nyata (batin/dalaman/tersembunyi)
1. Yang zahir/nyata
2. Yang tidak zahir/nyata (batin/dalaman/tersembunyi)
Apakah
perhiasan zahir? Apakah pula perhiasan yang tidak nyata? Para ulamak yang
mengatakan muka itu adalah aurat, mereka menafsirkan bahawa perhiasan yang
zahir itu ialah pakaian itu sendiri. Bila wanita berpakaian, bertudung dan
menutup muka, maka itulah dia maksud perhiasan yang zahir. Perhiasan yang tidak
nyata pula ialah, rantai leher, gelang, anting-anting dsbnya..
Manakala
menurut ulamak yang berpendapat muka itu bukan aurat menafsirkan bahawa maksud
perhiasan yang zahir yang boleh diperlihatkan di hadapan lelaki ialah celak dan
cincin. Ada yang menambah telapak tangan. Ada yang tambah warna telapak tangan,
iaitu pewarna yang dibubuh di telapak tangan (termasuk kuku). Dan, macam-macam
lagilah.. tetapi di sekitar itulah. Perhiasan yang tersembunyi pula ialah
rantai leher, anting-anting dsbnya.
Kitab-kitab
tafsir berikut ada menjelaskan pendapat-pendapat berkenaan:
1. Jamiul Bayan Al-Thabari
2. Ahkamul Quran AL-Jashas
3. Al-Wajiz fi Tafsiril Quran al-Aziz Al-Wahidi
4. Maalimatut Tanzil AL-Baghawi
5. Tafsir al-Kasyaf Al-Zamakhsyari
6. Ahkamul Quran Ibnul Arabi
7. Al-Muharrir al-Wajiz Ibnu Athiyah
8. Zadul Masir Fi Ilmit Tafsir Ibnul Jauzi
9. Al-Tafsir al-Kabir Al-Fakhrur Razi
10. Al-Jami li Ahkamil Quran Al-Qurthubi
11. Tafsir al-Baidhawi
12. Lubabut Tawil Fi Maanit Tanzil Al-Khazin
Dan banyak lagi

Pembahasannya
lebih kurang sama dalam menafsirkan `perhiasan yang zahir. Berikut ini
adalah apa yang tersebut di dalam Zadul Masir fi Ilmit Tafsir oleh Ibnul Jauzi:
Maksud `perhiasan yang zahir/apa yang biasa dilihat, terdapat tujuh pendapat, iaitu:
1. Ia bermaksud pakaian. Ini adalah riwayat dari Abu Ahwash dari Ibnu Masud.
2. Bererti telapak tangan, cincin dan muka - Dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas
3. Bererti celak dan cincin Juga dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas.
4. Bererti gelang, cincin dan celak Al-Misywar bin Mukhrimah.
5. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan Pendapat dari Mujahid.
6. Bererti cincin dan gelang Dari al-Hasan.
7. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan dari al-Dhahhak.

Itulah pendapat mereka tentang maksud perhiasan zahir yang biasa dilihat. Berdasarkan pendapat Ibnu Abbas, Al-Misywar bin Mukhrimah, Mujahid, dan al-Dhahhak dan al-Hasan dapat kita simpulkan bahawa yang boleh dipamerkan ialah perhiasan yang tidak mungkin diselindung yang memang biasa dipakai oleh para wanita. Kalau perhiasan di muka apa lagi kalau bukan celak. Kalau di telapak tangan apa lagi kalau bukan cincin. Cuma ada beberapa ulamak yang mengatakan bahawa muka itu sendiri adalah perhiasan. Dan telapak tangan itu sendiri adalah perhiasan. Jadi, mereka tidak memasukkan celak dan cincin sebagai perhiasan yang boleh dipamerkan.

Mereka
yang memasukkan celak dan pewarna telapak tangan sebagai perhiasan yang boleh
dipamerkan di hadapan lelaki ajnabi tidaklah dihadkan terhadap dua perkara itu
sahaja. Ia disebutkan hanyalah sebagai wakil dari perhiasan-perhiasan lain yang
biasa digunakan pada muka atau telapak tangan. Ia berdasarkan adat, tradisi dan
kebiasaan satu-satu kelompok masyarakat. Berikut ini adalah antara perhiasan
yang ada dan biasa digunakan oleh para wanita pada zaman Rasulullah s.a.w atau
tradisi arab dahulu:
1. Khidhab Pewarna untuk tangan
2. Shufrah Pewarna kuning untuk wajah
3. Kalkun Pewarna untuk memerahkan wajah
4. Isfidaj Pewarna putih untuk wanita berhias.
5. Celak Berhias pada mata
(Nanti akan disertakan dalil tentang kewujudan perhiasan ini)

***********
Zaman kita ini sudah tentu yang biasa digunakan sebagai perhiasan muka ialah gincu, bedak, losyen dan juga celak. Jadi, bila celak dan segala macam di atas itu boleh, mengapa tidak gincu? Sebab yang dibenarkan bukanlah diri celak itu secara khusus tetapi sesuatu yang lebih umum iaitu perhiasan yang biasa dilihat, yang biasa digunakan pada muka. Dan gincu serta bedak adalah termasuk di bawah keumuman ini.

Begitu
juga dengan perwarna kuku, ia termasuk di bawah perhiasan yang boleh dipamerkan
tetapi hendaklah dari bahan yang tidak menghalang air. Kerana jika air
terhalang dari sampai ke kuku akan mengakibatkan wuduk tidak sah.
Berikut
ini adalah sebahagian dalil kewujudan perhiasan di atas:
Dari
Zainab binti Abu Salamah, dia berkata: Ketika datang berita kematian Abu Sufian
dari Syam, Ummu Habibah meminta diberikan wangi-wangian berwarna kuning pada
hari yang ketiga. Lalu dia mengusapkannya pada kedua pipinnya dan kedua
lengannya. Dia berkata: Sesungguhnya aku benar-benar tidak memerlukan ini,
kalaulah bukan kerana aku pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: Tidak halal
bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari kemudian untuk berkabung
atas mayat lebih dari tiga hari, kecuali atas suami, maka dia berkabung atasnya
empat bulan sepuluh hari. (HR Bukhari & Muslim)
Wangi-wangian
di dalam hadis bermaksud pewarna yang menyerlah warnanya dan tersembunyi baunya
(tidak menyerlah dan menyemarak). Adakalanya ia disapukan di muka untuk
memperelok warna muka atau pada telapak tangan.
Wajib
berhias setelah tamat tempoh 3 hari berkabung kerana kematian, kecuali kematian
suami yang tempoh perkabungan adalah selama 4 bulan 10 hari. Berhias di sini
adalah untuk keluar dari tempoh perkabungan.
Dari
Ibnu Abbas r.a., bahawa seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. untuk
berbaiah kepadanya, tetapi perempuan itu tidak ber ikhtidab, sehingga baginda
tidak mahu membaiahnya melainkan setelah ber-ikhtidab (HR Abu Daud)
Ikhtidab
ialah sejenis pewarna yang biasa digunakan pada telapak tangan pada zaman itu.
Dari
Abu Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Wangi-wangian
lelaki adalah apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Dan perhiasan
wanita ialah apa yang jelas warnanya dan tersembunyi baunya (HR al-Tarmizi)
Dari
Imran bin Husin, bahawa Nabi Allah s.a.w. bersabda: ingatlah bahawa
wangi-wangian lelaki adalah bau tanpa warna. (HR Abu Daud)
Dari
Ummu Athiyah, dia berkata: Adalah kami dilarang untuk berkabung terhadap
seorang mayat lebih dari tiga hari, kecuali terhadap suami, maka empat bulan
sepuluh hari. Kami tidak boleh bercelak, berwangi-wangian dan memakai pakaian
bercelup. (HR Bukhari & Muslim)
*********
Apabila kita menerima hujah yang mengatakan bahawa perhiasan yang zahir atau yang biasa dilihat itu adalah celak, gincu, bedak dan segala suku-sakatnya, maka perlu kita ketahui juga batas-batas yang perlu dipelihara. Iaitu:
1. Memelihara niat dan tujuan berhias. Tidak bertujuan untuk menarik pandangan dan perhatian lelaki ajnabi.
2. Dari segi praktiknya hendaklah bertepatan dengan niatnya. Iaitu tidak berhias secara berlebih-lebihan hingga atau yang dapat menarik perhatian serta menggugah perasaan lelaki ajnabi. Seperti bercelak dengan cara dan gaya yang dapat menarik perhatian. Atau bergincu dengan warna yang begitu menyerlah merah menyala-nyala. Atau berbedak dengan bedak yang berwarna warni. Di tambah dengan keharuman yang menyemarak. Atau memanjangkan kuku. Atau sebagainya.
3. Tidak dari bahan yang mengeluarkan bau wangi dan harum menyemarak serta tersebar. Boleh dari bahan yang wangi tetapi yang tersembunyi baunya.

pokoknya bersoleklah secara sopan, bersahaja dan kemas serta menampilkan
ciri-ciri wanita yang baik. Tidak kelihatan seperti wanita yang mahu memikat
lelaki atau ciri-ciri wanita fasiq dsbnya. Seperti kita lihat ramai wanita hari
ini yang bersolek mengenakan gincu, bedak dan segala macam Melebihi dari
sekadar yang dibenarkan oleh syarak. Mereka ini berhias begini hanya diluar
rumah sahaja, sedangkan ketika bersama suami keadaan adalah sebaliknya.
Lebih
baik lagi jika diniatkan solekan itu sekadar untuk mengelakkan diri dari kusut
masai, berserabut dan tidak terurus. Berginculah sekadar mahu mengelakkan diri
dari kelihatan lesu, tak bermaya dan tidak cergas. Berbedak atau berlosyenlah
sekadarnya sahaja dengan tujuan mahu menjaga kesihatan kulit muka dsbnya.
Ya..
Kalau bersolek itu tidak boleh, silakan saja. Pergilah ke pejabat atau mengajar
ke sekolah, dan jangan bersolek samasekali. Pergilah dalam keadaan kusut masai
dengan muka seperti orang yang belum mandi. Kelihatan lesu. Pakaian pula tidak
bergosok. Berkedut sana dan sini. Baju bergosok, haram katanya. Ditambah
lagi dengan bau peluh yang kurang enak dan menyengat hidung. Pakai wangian
walaupun yang baunya tersembunyi utk menghindarkan dari bau peluh, juga haram
katanya. Ya.. silakan saja..
>>Sudah
tentu para wanita muslimah dapat menggambarkan bagaimana cara hendak
menghindarkan keadaan di atas. Dan.. Kalau sudah dapat menggambarkannya, itulah
dia solekkan yang dibenarkan oleh syarak ketika berhadapan dengan lelaki
ajnabi. Sekadar mahu mengelakkan diri dari kusut masai dan nampak tidak
terurus.
*********
Saudara yang bertanya berkata: Bagaimana kaedah terbaik untuk menangani masalah tersebut terutama masalah lipstik yang seolah-olah tidak dapat dipisahkan daripada wanita?
Saudara yang bertanya berkata: Bagaimana kaedah terbaik untuk menangani masalah tersebut terutama masalah lipstik yang seolah-olah tidak dapat dipisahkan daripada wanita?
Jawab:
Bukan sekadar lipstik, malahan umumnya wanita memang tidak dapat dipisahkan
dengan bersolek. Sebab sudah memang naluri semulajadi mereka sukakan begitu.
Syeikh Athiyah Saqar mengatakan: Memperelok /menghias diri oleh seseorang
manusia secara umumnya mempunyai kepentingan/kebaikan. Dan secara khususnya,
menghias diri bagi seorang wanita mengandungi mara bahaya. Kecantikan adalah
satu perkara yang disukai oleh jiwa/naluri. Ia mempunyai tempat di dalam agama,
di mana ia dituntut secara syarak dengan kadar yang dapat membawa kepada tujuan
yang baik darinya, serta terhindar dari perkara-perkara yang diharamkan dari
sudut cara, tujuan dan maksud.
********
Kesimpulan
1. Sebahagian ulamak mengatakan muka itu adalah aurat. Sebahagiannya mengatakan muka bukan aurat.
2. Tabarruj jahiliyah yang dilarang di dalam Islam ialah membuka aurat di hadapan meraka yang haram melihatnya.
3. Kebanyakkan ulamak menyatakan bahawa maksud firman Allah: kecuali apa yang biasa dilihat. Adalah sebagai celak dan cincin. Ada yang menambah dengan gelang tangan dan pewarna tangan.
4. Bersolek pada muka dan telapak tangan (termasuk kuku) adalah dibenarkan tetapi dalam batasan-batasan umum yang telah ditetapkan syarak.

Sekian
adanya. Wallhu alam
Rujukan
1. Al-Quran
2. Ahsanul Kalam Syeikh Athiyah Sqar
3. Al-Hijab Al-Maududi
4. Tahrir al-Marah Fi Ashri al-Risalah Prof. Abdul Halim Muhamad Abu Syuqqah
5. Fatawa Muasharah 1 AL-Qardhawi
6. Fatawa Muasharah 2 AL-Qardhawi

Tidak ada komentar:
Posting Komentar