ADAB
MENGUAP
Dari Abu
Hurairah dari Nabi saw ia bersabda:
Sesungguhnya
Allah Taala suka kepada orang yang bersin dan benci kepada (orang yang)
menguap. Apabila salah seorang dari kalian bersin dan mengucapkan hamdalah
kepada Allah Taala adalah hak bagi setiap muslim mendengarnya membaca
YarhamukAllah(Semoga allah memberi rahmat kepadamu). Adapun menguap itu adalah
dari syaitan. Apabila salah seorang dari kalian menguap maka hendaklah ia
mengembalikan (mulutnya) sedapat-dapatnya. Sesungguhnya apabila seseorang dari
kalian menguap, syaitan pun tertawa kerananya. [Riwayat Bukhari]
Dari Abu
Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan mulut
terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu yang
menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan.[Riwayat Muslim]
Dari Abu
Said Al-Khudri ra dari Nabi saw ia bersabda:
Jika ada di
antara kamu menguap, tutuplah mulutmu kalau-kalau syaitan masuk [Riwayat Abu
Dawud]
Terdapat
beberapa hadis lain lagi yang berkisar perihal menguap dan adab-adabnya. Dan
kesemua hadis-hadis tersebut membawa kepada satu makna, iaitu Islam tidak suka
seseorang menguap terutama tanpa menutup mulut apatah lagi ketika sembahyang.
Dari Sahih
Muslim Syarah Nawawi membicarakan mengenai maksud "Menguap adalah dari
Syaitan. kata Imam Nawawi :
"Apa-apa
perbuatan dari akibat kemalasan dan penyebabnya ditambah kepada seseorang bagi
memuaskannya. Didalam Al-Bukhari Nabi saw berkata [Hadith no 1 diatas] :
"Sesungguhnya Allah swt suka kepada bersin dan benci kepada menguap".
Dan berkata : Bersin menunjukkan kecegasan (aktif) dan ringan badan. Dan
menguap pula sangat berbeza kerana ia memberatkan berat badan dan kepadatannya,
dan kerehatannya membawa kepada bibit-bibit kemalasan. Ia satu penambahan
kepada kerja Syaitan kerana ia akan menyeru kearah Syahwat. Ia ia disasarkan
kearah menambah dan berlebihan didalam makanan dan makan yang berlebihan. Dan
mengetahui bahawa menguap telah menambahkan. " - Al-Nawawi
Menurut Mohammad bin Ismail as-Shan'ani didalam bukunya Subulus Salaam bahawa "Menguap dikatakan termasuk perbuatan syaitan, kerana dia keluar dari akibat kekenyangan atau kemalasan, dan kedua-dua perbuatan ini termasuk perkara-perkara yang disukai syaitan"
Menurut Mohammad bin Ismail as-Shan'ani didalam bukunya Subulus Salaam bahawa "Menguap dikatakan termasuk perbuatan syaitan, kerana dia keluar dari akibat kekenyangan atau kemalasan, dan kedua-dua perbuatan ini termasuk perkara-perkara yang disukai syaitan"
Sheikh
Muhammed Salih Al-Munajjid berkata, dari hadis-hadis yang mengkhabarkan perihal
menguap ini, boleh disimpulkan bahawa:
- Syaitan menyukai manusia yang menguap kerana ia tanda kemalasan
- Syaitan memasuki seseorang itu ketika menguap.
- Syaitan mentertawakan sesiapa yang menguap dan memperlekehkan keburukan wajah diri yang sedang menguap
Maka jelas
menguap itu satu tingkahlaku yang tidak beradab/baik. Bahkan dibenci Allah.
Oleh yang demikian, seseorang itu hendaklah cuba sedaya upaya untuk tidak
menguap. Cubalah sedaya upaya untuk merapatkan mulut ketika menguap sedapat
yang mungkin. Sekiranya perlu, tutuplah mulut dengan tangan. Dan juga janganlah
menghasilkan sebrang suara ketika menguap itu.
Wassalam
Rujukan
Terjemah
Al-Azkar
oleh Imam An-Nawawi
oleh Imam An-Nawawi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar