HUKUM BERJIMA' PADA MALAM-MALAM TERTENTU SEPERTI
MALAM KEDUA-DUA RAYA
DAN 1, 15 DAN 30 QAMARI.
|
|||
|
|||
|
|||
Soalan penuh:
Ada orang alim yang berkata bahawa tidak boleh
bersama dengan suami/isteri pada malam Aidilfitri dan malam Aidil Adha, juga
pada malam 1, 15 dan 30 bulan Qamari kerana pada hari hari tersebut syaitan
bersama dgn pasangannya, justeru itu dikuatiri air mani syaitan tersebut
bercampur dgn air mani suami/isteri yang bersama pada malam itu. Ditakuti
juga anaknya yang lahir kelak akal cacat, atau terlampau nakal/jahat.
Benarkah dakwaan ini, atau adakah dalil yang membenarkan dakwaan ini.
Jawapan:
Berikut
adalah petikan jawapan berkaitan persoalan saudari:
Hukum
berjima' dimalam dan hari Eid
Soalan : Apakah hukum berjima' pada hari dan malam Eid (soalan saya termasuk kedua-dua Eid)? Saya mendengar dari beberapa ikhwan yang ikhlas bahawa ia tidak dibenarkan. Jawab Sheikh Mohammad Saleh Munajjid[6]: Alhamdulillah. Apa yang anda telah dengar dari saudara tersebut adalah tidak benar. Berjima' pada malam dan siang Eid adalah dibenarkan , tidaklah haram kecuali pada siang didalam bulan Ramadan dan apabila didalam ihram Haji dan Umrah, dan apabila wanita datang haid atau keluar darah selepas bersalin (nifaas). Allah mengetahui yang sebaiknya.
Adapun
jima pada hari2 lain yg dinyatakan oleh saudari itu, tidaklah saya ketemukan
dgn dalil yang sahih. Namun begitu tidak saya katakan apabila tidak saya
temui, maka tidak wujud akan dalil itu. Saya hanya menjawab persoalan saudari
setakat mana yang saya tahu. Sekiranya saudari bertanya kpd yg lain,
kemungkinan jawapannya berbeza. Tapi harus diingat agar diminta skali nas dan
dalil akan jawapannya. Kemudian bawakan kembali kepada saya dan insya Allah saya
akan komen.
Berbalik
kepada persoalan saudari. 3 keadaan haram berjima yg diberikan di atas
mempunyai dalil yang jelas.
Yang pertama: Dalil haram berjima pada siang didalam
bulan Ramadhan.
"Dihalalkan bagi
kamu pada malam
hari puasa, bercampur dengan
istri-istri kamu; mereka itu adalah
pakaian bagimu, dan kamu
pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak
dapat menahan nafsumu,
karena itu, Allah mengampuni
kamu dan memberi
maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka
dan ikutilah apa yang
telah ditetapkan Allah untukmu,
dan makan minumlah kamu, hingga jelas bagimu benang putih dari
benang hitam, yaitu
fajar. Kemudian,
sempurnakanlah puasa itu sampai malam, (tetapi) janganlah kamu campuri
mereka itu, sedangkan kamu beriktikaf alam
masjid. Itulah larangan
Allah, maka janganlah kamu mendekatinya ..." (Q.s. Al-Baqarah:
187).
Yang kedua:
Haram bersetubuh ketika dlm ihram.
(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah
beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah
mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak
boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh
bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang
kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal
dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara
diri (dari keaiban meminta sedekah) dan bertakwalah kepadaKu wahai
orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). [Surah
Al-Baqarah-197]
Yang ketiga: Dalil haram berjima pada ketika haid
dan nifas.
"Mereka
bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah: Haid itu adalah suatu
kotoran. Oleh sebab
itu, hendaklah kamu menjauhkan diri
dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati
mereka, sebelum mereka suci.
Apabila mereka telah suci
maka campurilah mereka
itu di tempat
yang diperintahkan Allah kepadamu.
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
bertobat dan menyukai
orang-orang yang menyucikan diri.
Hadis
menerangkan ayat di atas
"Saya
hanya perintahkan kepadamu supaya kamu tidak menyetubuhi mereka ketika mereka
itu dalam keadaan haidh; dan saya tidak menyuruh kamu untuk mengusir mereka dari
rumah seperti yang dilakukan oleh orang ajam. Ketika orang-orang Yahudi
mendengar penjelasan ini, kemudian mereka berkata: si laki-laki ini (Nabi
Muhammad) bermaksud tidak akan membiarkan sedikitpun dari urusan kita,
melainkan ia selalu menyalahinya."
Keterangan hukum haram yang kedua:
Perempuan
yang sedang dalam nifas adalah seperti hukum perempuan yang haidh di dalam
masalah ini.
Menurut
jumhur ulamak tidak boleh (diharamkan) menyetubuhi isteri sehinggalah setelah
putus haidhnya dan mandi junub.
Manakala
Hanafi, suami boleh menyetubuhi isterinya sebaik sahaja darahnya putus,
sekalipun belum mandi junub lagi.
Hukum istimta dengan isteri yang sedang haidh Tidak mengapa memeluk isteri yang sedang haidh, menyentuh, mencium dsbnya, iaitu pada selain dari anggota di antara pusat dan lutut. Perkara ini dipersetujui oleh semua ulamak.
Mereka
berselisih pendapat di dalam masalah beristimta (berseronok) pada anggota di
antara pusat dan lutut. Terdapat tiga pendapat:
1. Kebanyakan ulamak, termasuk SyafiI, Maliki, dan Abu Hanifah: Hukumnya adalah haram. Alasannya adalah untuk mengelakkan dari berlakunya perkara haram (Saddan liz-zaraiI). Juga kerana terdapat di dalam maksud hadis Aisyah r.a. riwayat syaikhain yang melarang berbuat demikian.
2. Hanbali
dan al-AuzaI dll. Berpendapat: Dibolehkan, kerana hadis: "Lakukanlah apa
saja melainkan jimak." (HR jamaah kecuali Bukhari dari Anas bin Malik).
3. Ulamak
golongan ketiga berpendapat: Terdapat perincian, jika suami dapat menahan
diri dari faraj (menyetubuhi isterinya), mungkin kerana terlalu warak atau
kerana lemah syahwat, maka ini diharuskan. Jika tidak, maka haram hukumnya.
Dr. Wahbah
al-Zuhaili memberi tarjih, dalam keadaan biasa hendaklah beramal dengan
pendapat yang lebih berhati-hati (pendapat pertama). Jika seseorang itu baru
kembali dari permusafiran atau dalam keadaan syahwatnya begitu kuat, maka
dibenarkan beramal dengan dua pendapat yang akhir, tetapi dengan syarat,
hendaklah dia dapat mengawal dirinya dari faraj. Ini adalah untuk menghalang
diri dari tercebur ke dalam perkara maksiat dengan melihat perempuan lain
(ajnabi) dsbnya. (Al-Feqh al-Islami, vol 3, hal. 552-554)
Inilah waktu yang
nyata haram utk berjima Adapun waktu lain tidaklah saya temui akan
ketidak-bolehan utk berjima. Setakat apa yang saya tahu tidak wujud akan apa2
yg dikatakan sepertimana di dalam soalan itu.
Syaitan
sentiasa berada di mana-mana dan pada bila-bila waktu sekalipun. Tidaklah
ditentukan pada masa-masa tertentu. Dengan sebab itulah nabi saw telah
mengajar kita adab ketika hendak bersetubuh. Ikutilah sunnah nabi saw dan
insya Allah tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini.
Mungkin
kata-kata alim itu berdasar dari hadis-hadis dhaif yang cukup meluas dipakai
pada masa kini. Untuk saya, saya menolak hadis dhaif selagi mana tidak ada
ulama muktabar yang mengatakan hadis dhaif itu di sokong oleh hadis-hadis
yang sahih. Dengan erti kata lain hadis dhaif itu cukup syarat untuk kita
amalkan. Namun begitu, ulama hadis hanya membolehkan pemakaian hadis dhaif
hanyalah untuk fadhail amal sahaja. Tidak untuk membuat hukum. Dalam bab
soalan ini, saudari menanyakan hukum, maka jelas hadis dhaif adalah tertolak.
Di antara perkara-perakra yang sering kita dengar berkaitan jima ini adalah
seperti di bawah:
Apakah benar jika seseorang itu bercakap-cakap ketika berjimak boleh menyebabkan anak yang lahir itu bisu dan pekak? Sebahagian kitab ada mengatakan bahwa dimakruhkan bercakap-cakap ketika berjimak. (lihat: Al-Feqhul Wadhih, vol. 2, Dr. Muhamad Bakr Ismail). Kami tidak tahu apakah alasan lain kemakruhan berkenaan selain dari sebuah hadis dhaif. Barangkali hanya sebagai menjaga adab-adab ketika jimak bersama isteri. Hadis nabi berkenaan ialah:
Ertinya: "Dari
Qabishah bin Zu'ib, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu banyak
berkata-kata ketika berjimak dengan perempuan (isteri), kerana sesungguhnya
ia dapa menjadikan (anak yang lahir) bisu dan gagap." (Terlalu
dha'if / lemah)
Menurut
penjelasan alBani, hadis ini adalah hadis Mursal, di mana perawi yang bernama
Qabishah adalah seorang tabi'in yang tidak mungkin bertemu dengan Rasulullah
s.a.w.
* Hadis Mursal ialah hadis yang disandarkan kepada tabi'in.
Terdapat lagi
seorang perawi di dalam hadis ini yang bernama Zuhair. Beliau ini
diperselisihkan statusnya. Antara yang memberi komentar ialah al-Hafiz,
katanya, bahawa apabila penduduk Syam meriwayatkan hadis dari dia, maka
hadisnya tidak sah.
Hadis di atas
bertaraf terlalu dha'if, dan tidak dapat dijadikan hujah.
--------
Terdapat lagi sebuah hadis palsu yang tidak dapat dijadikan hujah dan pegangan: Ertinya: "Apabila salah seorang dari kamu berjimak, maka janganlah melihat kemaluan (isterinya) kerana ia akan mewarisi keturunan yang buta, dan Janganlah banyak bercakap ketika berjimak kerana ia akan mewarisi keturunan yang bisu." (Hadis Maudhu')
Di dalam
sanadnya terdapat periwayat yang tidak dapat dipercayai. ( Albani)
-----------
Dua hadis di atas tidak boleh disebarkan dan diriwayatkan. ---------
Masalah: Apakah benar jika seseorang itu bercakap-cakap ketika berjimak boleh
menyebabkan anak yang lahir itu bisu dan pekak?
Jawab: Tidak benar.
Jadi saya
nasihatkan kepada saudari dan juga semua, paabila didatangkan sesuatu yang
baru yang agak pelik, cari atau tanyakanlah dalilnya terlebih dahulu.
Sekiranya dikemukakan dalil yang sahih, barulah boleh kita beramal dengannya.
Berkaitan pemakaian hadis dhaif, saya nasihatkan adalah lebih baik kita hanya
berpaut pada dahan yang kukuh yakni al-Quran dan hadis sahih semata-mata
melainkan telah diwartakan oleh ulama-ulama muktabar akan kebolehan memakai
hadis dhaif tertentu.
Sebagai
penutup saya ingin lampirkan hadis sahih yang membuktikan bahawa Islam tidak
menyekat teknik dalam hubungan jima mereka selagi mana tidak melampaui batas
syara:
Hadis Jabir
r.a katanya:
Orang-orang Yahudi telah mendakwa apabila seseorang lelaki bersetubuh dengan isterinya melalui farajnya dari arah belakang akan menyebabkan anak yang dilahirkan akan menjadi juling. Lalu turunlah ayat yang bermaksud: Perempuan-perempuan iaitu isteri kamu merupakan tempat kamu bercucuk tanam, buatlah apa yang kamu suka mengikut selera terhadap ladang kamu itu
Sekian.
Wallahu a'lam.
|
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar