Selasa, 03 Juni 2014

HUKUM MEROKOK



HUKUM MEROKOK
Jawab:
Tembakau hanya muncul pada abad ke 10 Hijriah, maka hukum ke atasnya adalah pelbagai memandangkan maklumat dan kesannya ke atas manusia tidak dapat diketahui dgn pasti. Hukumnya: ada yg mengatakan haram, makruh tahrim, makruh tanzih, atau harus. Pendetailannya tidak perlu di sini, kerana kita terpaksa mengenepikan pendapat-pendapat di masa lalu kerana ulama' di masa itu kekurangan maklumat dan fakta terutama dari sudut sains kesihatan. Kita hanya akan fokuskan kepada pendapat fukaha' abad ini sahaja. Antaranya:
1. Syaikh Hasanain Makhluf (mantan Mufti Mesir) yg menetapkan ada dua hukum bergantung kepada faktur mafsadat (mudharat) terhadap seseorang dan keluarganya. Jika merokok mendatangkan mafsadat kesihatan, mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya, maka hukum merokok ke atasnya adalah haram. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafakah keluarga (Fatwa Syar'iyah, Jld 2)        
2. Fatwa Kerajaan Arab Saudi: Haram   
3. Fatwa Syaltut-mantan rektur AlAzhar yg menyatakan," walaupun merokok tidak menjadikan seseorang itu mabuk (spt kesan khamar) atau rosak akal (spt narkotik), tapi terbukti merokok merugikan dan merusakkan kesihatan perokok dan orang yg berinteraksi dgnnya. Dalam Islam ketentuan hukum halal/haram tidak semestinya diputuskan dgn nas sahaja, ia juga boleh ditentukan oleh kawaid syara'. Maka jelaslah hukum merokok itu dilarang dan tidak disukai oleh agama (Fatawa Islamiah)
4. Fatawa Qaradawi: memilih hukum haram atas alasan dan hujah yg kukuh mengikut kaedah syara' dan diperkuatkan oleh fakta sains perubatan. Oleh kerana haram ini ada banyak jenis dan kategori, alQaradawi lebih memilih hukum haram yg ringan dan ia hendaklah dikuatkuasakan secara tadarruj (beransur-ansur). AlQardhawi (Fatawa Mu'asirat) antara lain memberi beberapa alternatif:
- Haram hukum merokok kepada yang belum mencuba merokok atau perokok baru yang masih belum ketagih          
- Makruh kepada yang sudah ketagih tapi masih boleh berhenti jika berusaha
- Harus kepada yang sudah sebati dengan rokok, meninggalkan amalan merokok akan mendatangkan kesan sampingan yang lain seperti lemah badan, sasau dsbnya
5. Fatawa beberapa negeri di Malaysia, antaranya Selangor dan Kedah yg menyatakan haramnya. Thtl

HUKUM LELAKI MEMAKAI RANTAI LEHER
Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif

Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif



Jawab:
Tidak ada dalil yang sarih dari alQur:an yg mengharamkan rantai leher untuk lelaki. Sumber kedua, iaitu alHadis dan sumber-sumber hukum yg lain spt ijtihad fuqaha' serta 'Uruf boleh digunakan untuk memutuskan sesuatu hukum.
Dalam madzhab Syafi'iy(Fiqh alManhaji) menegaskan haram hukumnya berdasarkan hadis Bukhari (no 5546) yang bermaksud:
Dari Ibn Abbas RA, bahawa RasuluLlah saw melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."
Fiqh as Syafi'iy berpendapat haram hukumnya lelaki menyerupai wanita dalam berpakaian dan perhiasan seperti mengenakan anting-anting, loket, kalung, rantai leher dan gelang tangan. Juga diharamkan peniruan dalam bentuk percakapan dan lengganglengguk kecuali itu adalah asal kejadiannya (pondan).


HUKUM MENGGANTUNGKAN GAMBAR DI DINDING
Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif





1. Fotografi adalah harus kerana tidak ada dalil yang mengharamkan (tafsir asyabuni, ms 438), Qardhawi (halal dan haram), mufti Mesir, Syaikh Bakhit, alQaulal Kafi fi Ibahat at Tasweer al Fotografi, maka hukum keatas hasil fotografi adalah harus menurut jumhur fuqaha' hari ini.
2. Lukisan terdapat nas ke atasnya. HR Bukhari-Muslim,"siapakah yang lebih zalim dari orang yang cuba mencipta makhluk bernyawa menyerupai ciptaan-Ku?" Syafi'iyah mengharamkan (Imam nawawi, syarah sahih muslim, jld 7, ms 341); manakala lukisan selain makhluk bernyawa diharuskan.



Kesimpulan Hukum Gambar dan Yang Menggambar
Dapat kami simpulkan hukum masalah gambar dan yang menggambar sebagai berikut:
Macam-macam gambar yang sangat diharamkan ialah gambar-gambar yang disembah selain Allah, seperti Isa al-Masih dalam agama Kristen. Gambar seperti ini dapat membawa pelukisnya menjadi kufur, kalau dia lakukan hal itu dengan pengetahuan dan kesengajaan.
Begitu juga pemahat-pemahat patung, dosanya akan sangat besar apabila dimaksudkan untuk diagung-agungkan dengan cara apapun. Termasuk juga terlibat dalam dosa, orang-orang yang bersekutu dalam hal tersebut.
Termasuk dosa juga, orang-orang yang melukis sesuatu yang tidak disembah, tetapi bertujuan untuk menandingi ciptaan Allah. Yakni dia beranggapan, bahwa dia dapat mencipta jenis baru dan membuat seperti pembuatan Allah. Kalau begitu keadaannya dia bisa menjadi kufur. Dan ini tergantung kepada niat si pelukisnya itu sendiri.
Di bawah lagi patung-patung yang tidak disembah, tetapi termasuk yang diagung-agungkan, seperti patung raja-raja, kepala negara, para pemimpin dan sebagainya yang dianggap keabadian mereka itu dengan didirikan monumen-monumen yang dibangun di lapangan-lapangan dan sebagainya. Dosanya sama saja, baik patung itu satu badan penuh atau setengah badan.
Di bawahnya lagi ialah patung-patung binatang dengan tidak ada maksud untuk disucikan atau diagung-agungkan, dikecualikan patung mainan anak-anak dan yang tersebut dari bahan makanan seperti manisan dan sebagainya.
Selanjutnya ialah gambar-gambar di pagan yang oleh pelukisnya atau pemiliknya sengaja diagung-agungkan seperti gambar para penguasa dan pemimpin, lebih-lebih kalau gambar-gambar itu dipancangkan dan digantung. Lebih kuat lagi haramnya apabila yang digambar itu orang-orang zalim, ahli-ahli fasik dan golongan anti Tuhan. Mengagungkan mereka ini berarti telah meruntuhkan Islam.
Di bawah itu ialah gambar binatang-binatang dengan tidak ada maksud diagung-agungkan, tetapi dianggap suatu manifestasi pemborosan. Misalnya gambar gambar di dinding dan sebagainya. Ini hanya masuk yang dimakruhkan.
Adapun gambar-gambar pemandangan, misalnya pohon-pohonan, korma, lautan, perahu, gunung dan sebagainya, maka ini tidak dosa samasekali baik si pelukisnya ataupun yang menyimpannya, selama gambar-gambar tersebut tidak melupakan ibadah dan tidak sampai kepada pemborosan. Kalau sampai demikian, hukumnya makruh.
Fatwa Qardhawi dalam halal dan haram:
Perusahaan menerbit filem dan kerjaya berlakon adalah halal dan kadang-kadang berubah menjadi sunat demi perkembangan dunia penyiaran pada hari ini.
Penerbitan dan dunia lakonan yang harus hendaklah memenuhi beberapa syarat, antaranya:
1. Filem dan lakonan tu mestilah bersih daripada pengaruh kegila-gilaan, fasik, atau yang menjejaskan aqeedah dan akhlaq serta syari'at Islam; apa jua filem dan lakonan yang mengajak masyarakat kepada dosa dan maksiat atau menjurus kepada kriminal atau keganasan dan kebatilan adalah haram.
2. Lakonan dan perfileman itu tidak boleh berlaku percampuran bebas keterlaluan dan persentuhan antara lelaki dan wanita serta pendedahan aurat wanita dan lelaki, ini untuk menjaga fitnah dan syuhbah.
3. Ia bertujuan kepentingan kesedaran kepada masyarakat (ada unsur pengajaran, iktibar dan keagamaan).
Jika ia memenuhi syarat-syarat minima itu, maka ia adalah harus dan halal.
(Qardhawi, halal dan haram dam Islam)
Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif
Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif
Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif

Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif

Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif
HUKUM ONANI
(MASTURBATION)
Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif


Adapun fotografi, pada prinsipnya mubah, selama tidak mengandung objek yang diharamkan, seperti disucikan oleh pemiliknya secara keagamaan atau disanjung-sanjung secara keduniaan. Lebih-lebih kalau yang disanjung-sanjung itu justru orang-orang kafir dan ahli-ahli fasik, misalnya golongan penyembah berhala, komunis dan seniman-seniman yang telah menyimpang.
Terakhir, apabila patung dan gambar yang diharamkan itu bentuknya diuubah atau direndahkan (dalam bentuk gambar), maka dapat pindah dari lingkungan haram menjadi halal. Seperti gambar-gambar di lantai yang biasa diinjak oleh kaki dan sandal.
[Halal dan Haram dalam Islam oleh Yusuf Qardhawi]
Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif

HUKUM PEREMPUAN HAID MASUK MASJID
Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif





Jumhur fuqaha' menegah wanita haidh masuk dan menetap dalam mesjid. Ini berdasarkan beberapa hadis yang jelas mengisyaratkan RasuluLlah saw menegah wanita haidh menetap dalam mesjid. Imam Syawkani (Nailool Awthor, Jld 1, ms 229 membolehkan atas alasan hadis-hadis dalam masalah ini tidaklah sampai ke tahap hasan-sahih.Inilah juga pendapat Mazhab Abu Daud Zahiri.
Imam Syafi'iy dan Imam Ahmad Ibn Hanbal mengharuskan wanita untuk melalui sahaja atau masuk sekejap untuk sesuatu urusan tapi bukan untuk menetap di dalamnya.
Kebanyakan ulama' tarjih seperti Dr Abdul Karim Zaidan (al Mufassal) dan Syaikhul al Azhar, Sayyid Sabiq (Fiqh
Sunnah) memilih pendapat jumhur (majoriti).

HUKUM BERLAKON DAN BERKECIMPUNG DALAM BIDANG PERFILEMAN
Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif






Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).
Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:
"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)
Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.
Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahwa mani adalah barang kelebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.
Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:
Karena takut berbuat zina.
Karena tidak mampu kawin.
Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah itu memuncak dan dikawatirkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia kawatir akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku congkak dan gharizahnya itu tidak menjadi ulat.
Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu kawin, yaitu kiranya dia mau memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa seorang mu'min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:
"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kawinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)
Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif
Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif
Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif

Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif

HUKUM MEMAKAI SUTERA
Hukum memakai sutera secara umum
Jumhur fuqaha' (majoriti ahli feqah) berpendapat ia adalah haram. Dalil-dalil hadis sahih melarangnya adalah banyak, antaranya:
HR Ahmad, IBn Hibban, Nasa'iy, Abu Daud, Ibn Majah dari Ali bin Abi Talib
Kedua-dua ini (baginda memegang emas dan sutera) diharamkan buat lelaki dari ummatku. HR Bukhari-Muslim dari Umar alKhattab:jangan siapa memakai sutera di dunia,niscaya tidak lagi memakainya di Akhirat.
Minoriti fuqaha' berpendapat tidak haram kerana berdalilkan amalan sahabat:
Segelintir sahabat, sebanyak dua puluh orang (20) memakai sutera antaranya Anas dan al Barra' (diriwayatkan dalam Sunan Abi Daud).
Tarjih oleh Imam Syawkani dalam Nailool Awthor:
Apabila digabungkan kesemua dalil hadis yang melarang dan dalil-dalil yang membolehkan, maka ia menujukkan makruh hukumnya memakai sutera. Ini terbukti dengan 20 orang sahabat yang memakainya, sedangkan tidak mungkin para sahabat memakai sesuatu yang diharamkan oleh syari'at.
Bagaimana pula kalau bukan 100% sutera?
Dalam hal ini kita membawa dalil hadis yang berbunyi:
HR Muslim dari Umar al Khattab bahawa RasuluLlah saw melarang memakai sutera kecuali pada tempat selebar dua, tiga atau empat jari..
Dalam kitab Nahjul Balaghah (Imam Ali), sedikit sutera utk lelaki adalah diharuskan, sebab itu adalah bab berpakaian, dan kemungkinan pakaian itu memerlukan sedikit sutera.
Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah, Jld 2) berpendapat memakai sedikit sutera bagi lelaki adalah harus.
Rumusan:
Hukum haram sutera ialah bila kita memakai keseluruhan pakaian itu daripada sutera; tapi jika hanya sedikit saja yang diperbuat drpd sutera, maka ia adalah harus. Sebab ia hanyalah sebahagian kecil daripada pakaian keseluruhan kita yang tersiri daripada baju, singlet dan seluar serta kot.
Jumhur fuqaha juga bersependapat, jika fabrik pakaian seperti baju itu bercampur dengan sutera dan fabrik lain lebih banyak drpd sutera, ia juga adalah harus memakainya.
Rujukan:
Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah
Imam Syaukani Nailool Awthor 
Sunan Abi Daud bab Libas
Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif
Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif
Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif

ADAKAH BERSERBAN DAN BERSUGI ITU SUNNAH
Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif





Sebelum dilanjutkan masalah ini, perlulah kita semua fahami terlebih dahulu , apakah yang dimaksudkan dengan SUNNAH itu ?.

Para Ulama samada Ulama Fiqh ataupun Hadis mempunyai definasi (takrif) yang berbagai mengenainya, yang terbaik menurut pendapat kami ialah :


SUNNAH ITU IALAH APA-APA SAHAJA YANG BERSUMBER / BERASAL DARIPADA SAIDINA RASULULLAH S.A.W , SAMADA IANYA BERBENTUK SABDANYA, PERBUATAN, PERAKUANNYA, DAN JUGA SIFAT-SIFAT SEMULAJADINYA (FITRAHNYA) SERTA SIFAT-SIFATNYA ( AKHLAKNYA ) .

Oleh kerana berserban itu tergolong di dalam cara-cara perbuatan Baginda s.a.w, maka ianya dinamakan sebagai SUNNAH juga. Walaupun begitu, SEGALA PERBUATAN SAIDINA RASULULLAH S.A.W hendaklah ditinjau drp sudut-sudut berikut :


(01) Sudut Qurbah ( Ibadat ) Seperti solat, puasa , zakat dan lain-lain amal yang berkaitan dengan keakhiratan .

Setiap perkara Qurbah ini WAJIB DITURUTI kecuali apabila terdapatnya dalil-dalil yang menunjukkan bahawa perbuatan qurbah @ ibadah itu adalah sunat hukumnya , seperti berpuasa 10 Muharram ( Asyuraa ) .

Ataupun ianya menjadi satu ibadah khusus untuk Baginda s.a.w sahaja seperti Puasa Wisol ( bersambung siang-malam) dan kewajipan solat malam ( tahajjud dan witr), kewajipan solat dhuha dan juga berkahwin melebihi 4 orang wanita.


(02) Sudut Taat ( Ikutan ) Seperti urusan pernikahan, perniagaan, perhubungan dan setiap perkara duniawi ( urusan kehidupan di dunia ini ) Hukum asal bagi sudut ini ialah WAJIB DITURUTI.

Kewajipan yang menjadi hukum asal itu BOLEH BERUBAH HUKUMNYA kepada sunnat apabila ada dalil yang boleh mengubah ketetapan asalnya contohnya perbuatan mencium Hajar Al-Aswad di sisi Kaabah ( Ada juga para ulama meletakkan contoh ini di bahagian Qurbah ).

Kewajipan yang menjadi hukum asal itu juga boleh bertukar menjadi HARUS sekiranya ada dalil yang kuat yang boleh mengubah hukum asal itu menjadi harus ( mubah ) seperti cara baginda s.a.w bertani, cara baginda s.a.w mengubati pesakit dengan beberapa ubat-ubat tradisional di masa itu dan cara baginda s.a.w mengatur strategi peperangan.


(03) Sudut Jibilliyah ( Tabiat Semulajadi / Adat Kebiasaan Baginda s.a.w ) Seperti cara makan dan minumnya Baginda Rasulullah s.a.w, cara tidur, membuang air dan cara baginda s.a.w berpakaian serta kelakuan baginda s.a.w yang memang ianya juga menjadi kebiasaan ( tabiat ) manusia selainnya secara fitrah.

Hukum asal perbuatan-perbuatan Baginda s.a.w yang berbentuk Jibilliyah ini TIDAK WAJIB diikuti kerana ianya adalah bersumberkan sifat dan tabiat kemanusiaan yang ada pada Rasulullah s.a.w, dan juga sifat dan tabiat itu juga ada pada manusia lain seperti tabiat hendak membuang air - itu bukannya merupakan sifat risalah (kenabian) Baginda s.a.w dan bukannya juga di bawah kategori TAKLIF ( Bebanan Syariah ) yang dibebankan (diwajibkan) , kerana taklif itu sendiri adalah satu arahan yang boleh jadi saja manusia terdaya untuk melakukan dan boleh jadi saja manusia terdaya meninggalkannya, sedangkan perbuatan Baginda s.a.w membuang air itu adalah satu tabiat dan fitrah sebagai seorang manusia, bukannya satu taklif.

Kalau dituruti juga perbuatan Baginda s.a.w di dalam kategori ini, maka hukumnya adalah HARUS / MUBAH ( mengikut pendapat majority ahli Fiqh ) dan sebahagian ahli Fiqh lagi berpendapat ianya adalah SUNAT dituruti.

Saidina Abdullah Bin Umar Al-Khattab (r.a) adalah seorang sahabat (r.a) yang cuba ( mengikut kemampuannya ) meniru 100 % setiap perbuatan dan tabiat Saidina Rasulullah s.a.w.


Maka daripada penerangan lalu, dapatlah disimpulkan bahawa berserban adalah sunnah dan orang yang tidak memakainya ataupun tidak meniru cara Baginda Rasulullah s.a.w berserban secara meniru 100 % ( totok ) tidaklah dapat digelar telah melakukan Bidah Saiyiah ( Bidah yang tercela di dalam Islam ).


Bersugi pula adalah sunat hukumnya sebagaimana hadis yang ada diriwayatkan oleh Al-Aimmah Al-Kibar seperti Al-Bukhari (rh) , Muslim (rh) dan Malik (rh) perbuatan bersugi itu adalah sunnah yang sunat hukumnya. Maknanya : Bersugi dengan apa jenis alat sugi pun dan apa jenis ubat sugi ( ubat gigi ) adalah sunnah.


Dan orang yang cuba meniru 100 % cara Rasulullah s.a.w berpakaian dan bersugi hingga menggunakan kayu sugi berkopiah, menggunakan minyak wangi dan sebagainya - ianya tetap mendapat pahala SUNAT , kerana perasaan cinta kepada Baginda s.a.w sudah membuahkan pahala , apatalah lagi andainya dicuba mengikuti cara dan tatacara hidup dan kelakuan baginda s.a.w !!!.


Walaupun begitu, kita mengharapkan agar semua muslimin faham akan pembahagian di atas dengan sebaik-baiknya , dan tidak pula menggadaikan pahala sunat itu dengan mencela orang-orang muslimin yang tidak mahu mengamalkan sunnah yang sunat itu, kerana telah maklum mencela sesama muslimin adalah HARAM !!!.

HUKUM MEWARNA RAMBUT
Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif





Kita boleh membahagikan masalah ini kepada 2 bahagian:
1. Hukum mewarna rambut.
2. Masalah tidak sampai air ke anggota wuduk dan hadas.
----------------
1. Hukum mewarna rambut.
Umat Islam dibenarkan mewarnakan rambutnya. Berikut ini kami terjemahkan fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi mengenainya (Al-halal Wal haram Fil Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi, hal.89-09):

[Sebahagian dari perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan wambut atau janggut yang telah beruban. Telah datang satu riwayat yang menjelaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mewarna rambut dan mngubahnya dengan beranggapan, antaranya ialah berhias dan memperelok diri itu dapat menghindarkan erti peribadatan dan beragama. Sebagaimana yang dilakukan oleh para rahib dan ahli-ahli zuhud yang bersikap berlebih-lebihan.

Tetapi Rasulullah s.a.w. melarang mengikut (taqlid) kepada suatu kaum dan mengikuti jejak langkah mereka, supaya umat Islam sentiasa mempunyai keperibadian yang berbeza, zahir dan batin. Dan, diriwaytakan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya orang-orang Yahudi tidak mahu mewarnakan rambut, oleh itu berbezalah kamu dengan mereka. (HR Bukhari).

Amar (perintah) di sini mengandungi maksud sunat, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para sahabat, seperti Abu Bakar dan Umar. Manakala yang lainnya tidak melakukan (mewarna rambut), seperti Ali, Ubai bin Ka'b dan Anas.

Tetapi, dengan warna apa dibenarkan mewarna rambut? Apakah dengan warna hitam atau warna-warna lain? Atau mesti mengelakkan dengan warna hitam?

Orang yang telah tua, ubannya telah merata semada di kepala ataupun di janggut, tidak selayaknya mearna dengan warna hitam. Oleh itu, ketika Abu Bakar membawa bapanya ABu Qufahah ke hadapan Nabi s.a.w. pada hari penaklukan Mekah, Nabi melihat rambutnya seperti pokok Thughamah yang terlalu putih buah dan bunganya. Nabi bersabda:
"Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam." (HR Muslim).

Manakala mereka yang tidak sebaya dengan Abu Qufahah, tidaklah berdosa apabila mewarna rambutnya dengan warna hitam. Dalam amsalah ini al-Zuhri telah berkata: "Kami mewarna rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah sudah berkedut dan gigi sudah goyang, kami tinggalkan warna hitam." (Fathul Bari)

Segolongan ulamak salaf membenarkan mewarna dengan warna hitam, mereka ialah Saad bin ABi Waqqas, uqbah bin Amir, Hasan, Husain, Jarir dan selainya.

Sebahagian ulamak berpendapat tidak boleh dengan warna hitam kecuali dalam keadaan perang agar dapat menakutkan musu. Kerana mereka akan melihat semua tentera-tentera Islam masih kelihatan muda. (Fathul Bari).

Dan di dalam sebuah hadis riwayat Abu Zar mengatakan:
"Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarna uban ialah pokok inai dan katam." (HR Tarmizi dan ash-habusunan)

Katam adalah satu pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan. Dan Inai berwarna merah.

Anas bin Malik meriwayatkan, bahawa Abu Bakar mewarna rambutnya dengan inai dan katam, manakala Umar hanya dengan inai sahaja.]

*****intaha al-Qardhawi****

----------
Masalah:
Namun amat disayangkan sekali pada hari ini.. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Jika melihat kepada saranan nabi kepada kita agar mewarnakan rambut apabila telah beruban agar kita ini berbeza dengan orang Yahudi (kafir), namun sekarang ini sebahagian dari kita mewarna rambut kerana tidak ingin berbeda dengan orang kafir.

Sudah menjadi tabiat, bangsa yang lemah meniru bangsa yang kuat. Dan, kerana orang barat rambutnya berwarna perang, maka sebahagian anak-anak muda Islam mewarnakan rambutnya dengan warna perang. Supaya kelihatan seperti orang barat. Mereka melakukannya kerana kagum, kasih dan cintakan kaum berkenaan.Sebahagiannya mewarna-warnikan rambut kerana mengamalkan budaya punk.

Adalah tidak wajar jika mereka mengatasnamakan sabdaan Rasulullah s.a.w. terhadap perlakuan mereka ini. Mereka berbuat demikian bukan sebab sabdaan Nabi atau secara bersahaja, tetapi kerana fikiran dan jiwa mereka sudah terpaut dengan kaum kafir atau budaya tertentu. Syarak tidak mengiktiraf perlakuan begini.

"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong di dalam kaum itu." (HR Abu Daud)

-----------
2. Masalah tidak sampai air ke anggota wuduk dan hadas.
Para ulamak telah ijmak mengatakan wajib menyampaikan air ke tubuh badan samada mandi atau wuduk, kecuali ketika darurat. Sebab itulah kita diperintahkan supaya menyelat-nyelati jari dan menggerak-gerakkan cincin agar air dapat sampai ke kulit. Dalilnya ialah hadis riwayat al-Khamsan dan disahihkan oleh al-Tarmizi dari Laqith bin Shabrah. Dan hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Daruquthni dari Abu Rafi' dengan sanad Dha'if.
(Lihat Ahsanul Kalam fil Fatawa Wal Ahkam, vol 1, hal. 57-58)

------------------------
Kembali kepada soalan: Apakah pewarna dari syarikat tertentu yang ada tanda halal boleh digunakan?
Jawapan secara umumnya adalah berdasarkan kepada dua penjelasan di atas. Ia boleh digunakan jika produk berkenaan:
1. Bebas dari najis.
2. Tidak menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi hadas.

Masalah ini samalah dengan masalah pewarna kuku. Islam membenarkannya tetapi bahan yang digunakan mestilah menepati ciri-ciri di atas.(ibid)

Dan, jelaslah di sini, bukan perbuatan mewarna itu yang diharamkan tetapi bahan yang digunakan. Kerana ia membabitkan sah atau tidaknya pengangkatan hadas besar dan kecil. Melainkan jika seseorang itu selepas memakainya tidak berhadas langsung samada besar ataupun kecil.

------------
Untuk mengetahui samada bahan berkenaan menghalang air ataupun tidak, kami kira tidak susah. Jika ia berfungsi seperti inai atau za'faran atau kunyit, maka tidak mengapa. Jika ia sebagaimana minyak hitam (motor dsbnya), cat dsbnya, sudah tentu ia menghalang air.


ADAKAH SAMPAI PAHALA SEKIRANYA DIHADIAHKAN BACAAN AL-QURAN KEPADA SI MATI
Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif





Bab ini termasuk khilafiah yg besar dan didebat dan dibahas hingga kini dan masih belum ada titik pertemuannya, akhirnya fuqaha' berpecah kepada dua pendapat besar: tidak sampai pahala bacaan AQ kepada si mati dan satu lagi sampai pahalanya.
Fatwa Prof Mutawalli Sya'rawi (Anta Tasal wa Islam Yujib):
"Jumhur fuqaha' berpendapat tidak sampai pahala membaca alQur'an jika dihadiahkan kepada orang lain kecuali bacaan anaknya kepada kedua ibubapanya."
Dalil: a. an Najm:41 (maksud)," bahawa seseorang tiada memperoleh selain apa yang ia usahakan." anak yang soleh ialah termasuk hasil usaha orang tuanya jua.                                                                                                   b. 35: Faathir: 18 (dan orang yg berdosa tidak akan memikul dosa orang lain)
c. 41: Fusysyilat: 46 (dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pelindung yg dapat menolong mereka selain Allah)
Dalil Hadis: "apabila anak Adam mati, putuslah amal perbuatannya kecuali: sedeqah jariah, ilmu yang terus dimanfa'atkan serta anak yang mendo'akannya."
Bagaimana cara terbaik berbakti kepada kedua orangtua?
Menurut hadis dalam al Musnad Imam Hanbali:
1.memohon keampuan untuknya
2. melaksanakan amanah dan wasiatnya
3. hormat kepada sahabat tolannya
4. selalu menjalin silaturrahim kepada keluarga kedua ibubapanya.
Menurut kitab Sayyid sabiq, Fiqh Sunnah:
Cara berbakti kepada kedua ibubapa:
1. menunaikan haji untuknya (jika belum haji)
2. berpuasa untuknya
3. solat sunat untuknya
4. sedeqah atas namanya
5. membaca alqur'an untuknya.

Rumusan:
1. Empat madzhab besar feqah:
Syafi'iy: ada dua pendapat besar: pendapat terdahulu dan yg lebih masyhur berpendapat tidak sampai; pendapat terkemudian-sampai pahalanya (ia adalah lebih popular di Nusantara)
Malik: tidak sampai pahala bacaan tsb, bahkan makruh hukumnya kerana tidak dilakukan oleh ahlil Medinah.
Hanbali: sampai pahala bacaannya
Hanafi: harus hukum membaca AQ dan mengirim pahala kepada si mati.
Para fuqaha' terkemudian dan pentahqeeq (pengkaji) juga berselisih:
Kumpulan yg berpendapat sampai: Imam dan Syaikhul islam Ibn Taymiyah alHarani, Imam Ibn Qayyim alJauziah (murid Imam Ibn Taymiyah alHarani), Imam Ibn Qudamah alMaqdisi, dan Fatwa Lembaga Jami'ah Fatwa alAzhar (pengerusi Syaikh Atiyah Saqr (Ahsanul Kalam)
Kumpulan yg menegahnya dan tidak sampai pahala bacaan kpd si mati: Prof alImam Mutawali Sya'rawi (kecuali bacaan anak si mati atas alasan anak adalah termasuk usaha si mati); Ulama' Salafiah Saudi Arabia (Ben Baz, Salih alUthaimin, Albani, dll) dan di Nusantara, Prof Teuku Hasbi Siddiqui dalam al_Islam. Ulama' asSalafiah antara yg paling keras mencelanya. thtl
Kembali kepada persoalan asal: apabila kita melakukan pembacaan alQur'an dan dihadiahkan pahalanya kepada dua orang tua atau arwah si muslim, apakah baki pahala yang tinggal untuk si pembaca?
Jawab:  Konsep ajr (pahala) dalam Islam dan keikhlasan seseorang melakukan adalah rahsia Allah yang akan dibuka di Akhirat kelak. Tidak siapa yang dapat mengetahui hakikat pahala ini hatta Malaikat sekalipun. Misalnya pahala membaca alQur'an ialah bukan satu kalimah, tapi huruf demi huruf. Kemudian anda akan diberi pahala kerana berbakti kepada kedua ibubapa;
pendeknya sifat Allah sebagai arRahman (Maha pemurah) dan alGhaniy (Maha Kaya) sudah cukup melegakan sesiapa saja yang berurusan dengan Allah bahawa Dia menjanjikan ganjaran yang tidak dapat diselesaikan oleh mana-mana pakar
matematik kerana terlalu luas, besar dan tidak terhitung hebatnya.
Puncak ibadah ialah melakukan keta'atn dan kebaktian serta meninggalkan segala larangannya dan mengikhlaskan diri kepada Allah SWT.
Rumusan:
Maka apabila kita membaca alQur'an, kita sudah diberi pahala membaca alQur'an; jika kita meniatkan pahala bacaan itu untuk arwah kedua ibubapa kita dan semua penghuni kubur kampung kita, maka pembahagian itu adalah dalam ilmu Allah yang diluar batas keilmuan manusia atau Malaikat. Pernah seorang menderma satu dirham kepada RasuluLlah saw, maka RasuluLlah saw
bersabda sumbangan satu dirham si fulan itu lebih besar dari 100,000 dirham orang kaya sebab satu dirham derma simiskin  itulah harta yang ada padanya sedangkan 100,000 dirham dari si kaya mungkin hanya sebahagian daripada hartanya yang banyak. Maka konsep pahala dan keikhlasan seseorang menjadikan pahala itu berbedza saiznya.










Description: http://syededlee.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif


Tidak ada komentar: